Friday, November 2, 2007

Kueh Lapis Nyonya

Step_by_step_055

Bahan-bahan ( 7 inci x 7 inci x 3 inci )
  • 100 g tepung beras*
  • 100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak)
  • 200 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 360 ml santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara

  1. Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan
  2. Step_by_step_052
    Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan.
  3. Step_by_step_053
    Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih).
  4. Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).
  5. Step_by_step_054
    Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar. Kemudian buat kaedah sama ukt warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga utk warna merah. Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul2 sejuk baru dipotong. Selamat mencuba....

1 comment:

musumbi manis said...

100g tepung sagu boleh ditukar ke 50g tepung beras + 50g tepung jagung